Tentang Kami
Cerita Kami
Dobi Tersohor Tapah, di bawah naungan Sohor Rizqi Sdn. Bhd., merupakan kedai dobi layan diri moden yang komited menyediakan perkhidmatan dobi yang bersih, harum, dan berpatutan kepada komuniti Tapah dan kawasan sekitarnya.
Kami memahami keperluan pelanggan masa kini yang mengutamakan kemudahan, kebersihan dan kecekapan masa. Oleh itu, setiap cawangan kami dilengkapi dengan mesin basuh dan pengering berteknologi tinggi untuk memastikan pakaian anda dicuci dengan rapi dan cepat, sambil mengekalkan kualiti serta kesegaran.
Dengan pengalaman dan dedikasi dalam industri dobi, kami terus berusaha menjadi pilihan nombor satu penduduk Tapah untuk dobi layan diri yang boleh dipercayai.
Misi
Kekal menerajui kedudukan sebagai kedai dobi layan diri di kawasan Tapah.
Visi
Mengembangkan francais ke kawasan daerah berdekatan.
Nilai Teras Kami
1.0 Bersih
Menjamin cucian yang rapi dan higienik untuk semua jenis pakaian.
2.0 Harum
Memberikan kesegaran wangi yang tahan lama selepas setiap cucian.
3.0 Berpatutan
Menawarkan harga mesra poket tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan.